
Pernah tengok video ceramah Ustaz Adi Hidayat? Seorang ustaz dari Indonesia, yang cukup popular dengan follower di instagramnya hampir 2 juta. Meluas pula ilmunya dalam ilmu tafsir, hadis dan Al Quran.
MasyaAllah kagum sangat dengan kepintaran dan kecerdasan akalnya. Setiap salasilah keluarga Nabi, ayat no berapa yang terkait dengan topik apa (contoh: rezeki), semuanya beliau ingat.
Hari ini, sambil jalan-jalan di Youtube, saya download beberapa ceramah beliau, menggunakan apps Bolt. Best apps ni, boleh buka youtube/facebook/instagram terus dari app dan download apa sahaja video dari situ.
Baiklah. Apa video yang saya download tu?
Ceramah beliau yang bertajuk Rahsia Doa Menurut Al Quran dan As Sunnah dan beberapa video beliau yang lain.
Antara input-input menarik yang dapat saya kongsikan dari ceramah Ustaz Adi Hidayat ialah:
Satu: Semua doa kita Allah kabulkan. Sama ada kita sedar atau tak sedar saja. Allah dah janji dalam Al-Quran, cuma kita sahaja yang kadang-kadang tak sabar.
Ada bahagian rezeki yang Allah tahan dulu sebab Allah tahu kita belum sedia menerimanya. Jika Allah bagi awal menurut ketidaksediaan kita, boleh jadi kita tak sedia dan mencapai maksud nikmat itu diberi.
Contohnya, budak kecik. Kita tak beri motor awal-awal walaupun kita merengek terus mahukannya. Kerana apa? Kerana kita masih kecil, belum sesuai menerima sebuah motor apatah lagi menaikinya/membawanya.
Dua: Allah mengabulkan apa yang kita perlukan bukan kita inginkan. Contoh: Seorang anak sakit, tidak boleh makan buah epal. Kemudian anak itu merengek mahukan epal, abahnya kata “Ini abah belikan jeruk, namun rasanya epal”
Apa jadi jika abahnya memberi buah epal? Mungkin anaknya jadi semakin sakit dan tidak dapat sembuh. Lalu Allah gantikan dengan belikan jeruk, yang tidak membahayakan anaknya.
Subhanallah.
Tiga: Jika kita berdoa perkara lain, kemudian dikabulkan dengan perkara lain, maka ikutkanlah keinginan anda dengan keinginan Allah. Kerana disitulah anda akan menemukan hikmah yang terbaik yang tidak anda sangkakan.
Empat: Yang memohon kepada Allah cuma hamba-hamba Allah. Kemudian dibahagikan kepada 2 bahagian:
1. Hamba Allah Yang Soleh : Doa meminta kemudahan urusan dunia dan urusan akhirat.
2: Hamba Allah Yang Salah : Orang yang berbuat salah lalu minta ampun dari setiap dosa yang dilakukan.
Lima: Ada 3 bahagian biasanya manusia meminta, banyak sebenarnya cuma masa tak cukup. Ustaz Adi Hidayat hanya bahaskan 3 sahaja. Okey apa bahagiannya?
- Tentang sakit
Fitrah manusia akan bermohon kepada Allah apabila merasa sakit. Kisah Nabi Ayub yang mengalami penyakit yang sangat misteri, kata Allah penyakit ini tidak pernah dirasakan oleh orang sebelumnya dan tidak akan dirasakan oleh orang selepasnya.
Kisah ini adalah inspirasi untuk orang awam seperti kita. Jika penyakit misteri seperti ini Allah beri dan sembuhkan, mana mungkin Allah tak sembuhkan penyakit yang dialami oleh orang awam seperti kita?
Kuncinya satu: Semakin diuji, semain tinggi ingatannya kepada Allah.
Jika kita stress? Banyakkan sabar.
Jika kita senang? Banyakkan syukur. Dua-dua nikmat. MasyaAllah.
- Tentang mudah rezeki
Ilmu rezeki, ketenangan rezeki dan banyak lagi rezeki-rezeki yang lain.
- Keturunan
Enam: Untuk cepat dikabulkan doa, bawa apa sahaja doa/permintaan arahkan kepada kepentingan ibadah.
(Dapat dunia X nilai akhirat)
Contoh: Doa dapat harta supaya dapat zakat. Doa supaya dapat kereta, mudah nak pergi masjid. Doa dapat beli rumah, untuk berbakti kepada orang tua. Doa dapat hafal Quran, minta alirkan setiap pahala kepada ibu bapa/ supaya dapat beri mahkota kepada ibu bapa.
Tujuh: Ketika berdoa, gunakan ungkapan-ungkapan yang menyentuh hati. Apabila kita berdoa, hati kita tersentuh dan mengalirkan air mata. Allah Maha Lembut, Allah cepat merasakan apa yang dimohon oleh hamba-Nya.
Mengapa kena cari kalimah yang menyentuh? Untuk mendatangkan ikhlas dan fokus ketika kita berdoa. Allah kan Maha Pengasih dan Penyayang.
Fastajabna – Allah berkata apabila kita menggunakan kalimah-kalimah yang menyentuh ketika berdoa maka Allah akan kabulkan.
Lapan: Cepat berbuat baik dan niatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT.
Sembilan: Untuk mendapatkan rezeki yang tak disangka-sangka, mudah dan tanpa batas, usahakan dengan taubat, jauhi maksiat dan bernazar untuk menjadi orang yang lebih baik disisi Allah, tingkatkan amal soleh, perbaiki diri dengan sebaik-baiknya.
Apa sahaja perkara yang engkau anggap buruk, aku berusaha menjauhinya.
Siapkan diri untuk meningkatkan ibadah kepada Allah kepada level yang tidak biasa.
Contoh: Orang puasa isnin – Kita puasa isnin dan khamis. Orang tidur, kita tahajud. Orang pilih 6 rakaat, pilih 8 rakaat. Orang sedekah RM1, kita sedekah RM10 setiap hari.