Hari-Hari Sebagai Ghostwriter

Hari demi hari berlalu. Sedar tak sedar, sudah 9 bulan saya bergelar Ghostwriter.

Waktu-waktu yang ada disibukkan dengan menelaah, membaca, memahami dan mengkaji.

Ghostwriter mungkin dilihat sebagai kerja yang tenang, jauh dari gangguan. Namun di sebalik itu, begitu banyak “kerja-kerja” belakang tabir yang perlu diuruskan.

Tahun 2019 merupakan tahun ke 7 saya menjadi penulis. Saya berjinak-jinak dengan penulisan sejak umur 15. Kemudian menerbitkan buku pertama pada usia 21.

Jika sebelum umur 21, saya masih belum memanggil diri saya sebagai penulis. Saya anggap itulah adalah laluan untuk saya mengenali ranjaunya dan durinya. Tahun 2014 barulah, saya berani memanggil diri saya sebagai penulis kerana telah berjaya menerbitkan sebuah buku.

Tak layak rasanya memanggil diri penulis jika belum menjadi penulis buku.

Tahun 2019 adalah tahun yang membahagiakan. Tanpa sebarang persediaan yang terlalu fancy, saya buka hati dan niat untuk menjadi seorang ghostwriter pula. Datang secara rawak ideanya.

Setakat ini, saya masih gembira dengan keputusan ini. Keputusan yang telah memenuhi hari-hari saya dengan sesuatu yang berulang-ulang namun cabarannya tidak sama. Cerita setiap klien saya berbeza-beza.

Dikurniakan klien-klien pula semuanya baik-baik dan pemurah merupakan satu rahmat. Mereka orang yang hebat-hebat pula.

Baiknya Allah mempertemukan kami walaupun saya pun baru sahaja bermula.

Impian saya semakin hari semakin besar untuk kerja-kerja ghostwriting ini. Saya berdoa agar dipertemukan dengan individu-individu yang mempunyai kisah-kisah luar biasa.

Tak mengapa, saya seronok berada di belakang tabir, membantu klien-klien saya yang sibuk ini.

Ya. Kebanyakan dari mereka sangat sibuk. Jadi mereka memerlukan khidmat ghostwriter untuk membantu mereka menulis kembali idea-idea dan cerita mereka.

Semoga kerja-kerja ghostwriter ini membawa saya ke dunia yang lebih luas lagi, dipertemukan dengan guru-guru yang berpengaruh dan saya mendapatkan pengalaman baik yang tak disangka-sangka. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *