Hubungan saya dan abah sangat rapat.
Kami sangat rapat.
Sampaikan kalau abah tengah gembira, saya tahu. Hanya lihat dari raut muka sahaja. Sama juga jika abah sedang fikirkan masalah, saya tahu, hanya dengan melihat raut wajahnya sahaja.
Ada sekali tu, berhari-hari saya nak sangat tanyakan abah tentang sesuatu. Kami banyak kali bertembung di rumah, tapi saya tak sempat tanyakan. Ya lah, bila abah pulang ke rumah, mestilah nak rehat dan baring-baring hilangkan penat.
6 hari rasanya berlarutan.
Sehinggalah, pada hari ke 6, abah sendiri yang bercerita kepada saya. Maka tahulah, ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran dia.
Sebagai anak sulung, tiada ada yang lebih penting untuk saya lakukan selain membahagiakan abah dan ummi. Mereka orang pertama yang sambut ke dunia dan sekarang dah tiba masanya saya pula berikan segala kemudahan dan kemewahan.
Sejak akhir-akhir ini, abah tersenyum-senyum. Cuma, senyum itu bukanlah senyum kerana bahagia. Senyum itulah adalah senyum redha, menahan ujian.
Kata abah,
“Ujian akan selalu ada, cuma jangan kalah je”, kata dia kepada saya, sekali lagi sambil tersenyum.
Dalam hati saya menangis.
Semoga Allah berikan saya kekuatan yang luar biasa untuk saya membahagiakan keduanya… dan adik-adik saya. Amin.