Apam Balik.. di UK?
Lepas kami bertukar no, Abang Faizal Ismail share pada saya satu artikel. Isinya menulis tentang orang-orang yang tak putus asa. Tajuk artikel tu dalam Bahasa Inggeris, “30 Behaviors of Unstoppable People”
Saya baca sampai habis dan saya terharu sebenarnya. Dapat pula mesej dari seseorang yang kita admire kerjayanya dari jauh.
“Saya tengok Fatin ni ada drive. Kalau tak ada drive saya tak bagi”, balas beliau di whatsapp.
Jam 12.15 pm, 28 Ogos 2019, kami berjumpa kali kedua. Kali ini di Damansara. Janji dibuat 2 minggu sebelumnya.
Oh, pertama kali kami jumpa di Ampang. Mac 2017. Saya join kelas Pentauliahan HOST waktu tu.
Housemate saya kata, saya buat kerja gila, terbang dari Jordan dan pulang ke Malaysia seminggu semata-mata nak join program ini.
Bagi saya lain, ianya satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan. Sesuatu yang mesti saya dapatkan tak kira susah macam mana pun. Ya lah, dah ada dalam list impian.
Program tu pula mengumpulkan ramai guru-guru yang hebat dalam pengacaraan seperti Farah Fauzana, Farrah Adeeba dan Nizal Mohamad. Rugi besar kan kalau saya tak join?
Momen tu Allah susun cantik sangat. Seminggu saya pulang tu langsung tak ganggu urusan pengajian saya.
Selesai exam pertama, hari esoknya terus saya fly ke Malaysia. Selesai jer seminggu kat Malaysia, saya fly semula ke tempat belajar dan esoknya terus exam kedua.
Untuk kali kedua berjumpa ini, dalam hati saya kata, saya rasa ini peluang yang baik. Dapatlah saya dengar cerita-cerita yang tak pernah saya dengar atau baca dari media di luar sana.
Pada mulanya, abang Faizal minta saya tunggu di Oldtown White Coffee. Okey, saya pun tunggu disana.
Tak lama, telefon bergetar dan saya angkat.
“Fatin kat mana?”
“Ada kat depan OldtownWhite Coffee”
“Okeylah, kita minum sana. Anggaplah macam makan nasi Kandar”
Haha. Berkias.
“Nasi Kandar kan kat hujung kanan. Kalau macam tu kita makan kat Nasi Kandar jelah”
“Okeylah jom makan sana”, dia mengajak.
Saya pun berjalan sampailah ke Restoran Nasi Kandar. Bila dah sampai, kami terus order dan pilih satu sudut meja berkerusi 4 di lapangan terbuka untuk kami duduk.
Memang lain sikit bila duduk semeja dengan artis ini. Setiap orang yang lalu semua pandang-pandang.
“Dari tadi orang duk pandang-pandang abang Faizal”
“Dah biasa sangat dah Fatin, 12 tahun dah”
Tak boleh nak kata apalah. Kita bukannya artis. Hanya artis yang faham dunia populariti.
… Dan perbualan disambung dengan macam-macam cerita dan pengalaman beliau sebagai seorang DJ, Pengacara.
Saya seronok betul dengar.
Sampai part cerita lucu, saya ketawa. Sampai part cerita beliau yang sedih, dalam hati memang sedih. Cuma tak tunjuk lah.
Antara ayat beliau yang buatkan saya sangat terkesan,
“Saya ini bukan ada apa pun. Saya cuma ada semangat yang tinggi. Dan semangat itulah yang menjadikan siapa saya hari ini”
Tiba-tiba jer saya berhenti makan.
Bila sebut tentang semangat, saya perhati semula diri saya ini, ada tak semangat macam orang di depan saya ini.
Sebelum pulang, saya sempat hadiahkan sebuah buku tulisan saya. Sebenarnya buku tu bukan untuk abang Faizal, tapi untuk anak perempuan dia yang berusia 17 tahun.
Masa sign buku tu saya tulislah kata-kata sikit, abang Faizal kata, panjangnya. Saya senyum jer. Saya kata penulis memang suka tulis panjang-panjang ni.
Hujung perbualan tu saya tanya dia,
“Abang Faizal tahu tak resepi apam balik?”
“Apam balik? Hrmmm.. Tak tahu”
“Senang jer. Pergi kedai, beli kuih apam pastu baliklah”
“Haha.. oh macam tu eh resepinya? Nanti saya try guna kat UK, tapi nak translate macam mana apam balik saya pun tak tahu. Hahaha”
Selesai sign buku, saya minta dia rekod video dan beliau pesan dalam video tu,
“Buat apa yang Fatin minat. Cari kelainan and always do the best!”
Tak tipu. Ayat tu memang bagi harapan. Sebenarnya saya dah berapa minggu malas nak menulis.
Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat jumpa sebelum beliau ke UK 8 hb ini. Korang tau tak, beliau bukan setakat sambung belajar di UK tapi berbisnes sekali kat sana. Hebat kan?
Nampaknya saya dah ada impian baru. Harap-harap dapat jejak kaki ke UK jugak satu hari nanti. Macam guru saya ini. Amin.
