2 Insight Yang Saya Dapat Bila Deliver Produk Kat Customer

Petang tu cukup redup, jalan pun lengang tak ada banyak kenderaan. Beberapa jam sebelum, saya terima 1 mesej.

“Boleh tahu, NR ada jual pes dok. Kalau ada, nok beli”
Pantas saya jawab, “Yer puan. Ada”

Ready stock pes ada. Beberapa jam kemudian saya pun pergi rumah customer.

Jejak jer sana, customer tak henti-henti bercerita,

“Mok kak wahi pes ni. Dok cari doh tempat lain. Mok kak teringin sangat makan ikan bakar, rempah NR jaddi, tu tanya tu”

Sembang jap 2-3 minit, saya pun minta izin nak balik.

Bila jumpa customer yang suka produk kita ni, lain macam happynya.

Dan dari sini, startlah saya delivery produk rempah bakar berempah serbaguna ni.

Pes Bakar Berempah Serbaguna Namanya?

Serbaguna sangat ke?

Yep. Pes ni bukan saja dapat bakar pelbagai jenis seafood, ayam dan daging pun sama.

“Makan sajje pun sedap ni”, komen customer lepas guna pes bakar berempah kami.

Pencicah boleh, bakar berempah boleh, jadi kuah pun boleh. Tekstur halus je, budak-budak pun boleh makan sekali. Tak pedas.

Kalau suka makan makanan pedas, ejas pedas sendiri-sendiri. Tambah cili api. Suka hati nak berapa bijik pun.

Kami buat pes ni rasanya universal hehe.

Bila Dah Start Delivery Insight Yang Saya Dapatkan..

Banyak benefit bila join delivery ni antaranya kita boleh kenal dan faham betul-betul 2 perkara dalam bisnes ni,

1) Market
2) Customer

Saya start dengan Customer.

Bila first saya turun delivery, ada feel seronok. Padahal tak jumpa lagi siapa pembeli. Bila fikir-fikir balik, tak pasti jugak kenapa, mungkin tu petanda saya akan jumpa product lover kut.

Turun je dari kereta. Alhamdulillah, betul seperti tekaan.
Saya jumpa product lover.
Semangat sangat customer tu cerita suka pes ni.

Saya dengar dengan teliti. Tanya soalan-soalan yang berkaitan. Catat.

Antara soalan yang saya tanya,
1) Dah lama rasa rempah ikan bakar nr?
2) Berapa kali biasa beli dalam sebulan?
3) Kenapa suka?
4) Cadangan dan penambahbaikan produk dan servis.
5) Siapa lagi yang suka selain puan/cik?
6) Latar belakang customer.

Puasnya hati dapat tanya direct. Takde lah syok sendiri meneka apa yang customer nakkan.

Bila turun delivery ni, saya terus nampak range umur pembeli. Sama ada dewasa atau remaja.

Ibaratnya tengah tulis atas kertas siapa pembeli A class kita. Kali ni real case study. 

Customer ni dari database sedia ada.
Santuni dan jangan lupa tanya khabar. 

Jangan lupa mereka, mereka pun tak lupa kita kan.

Part 2 – Market

Bila turun delivery ni, saya nampak dengan jelas, betapa luasnya zon Kuala Nerus ni. Ya Allah, seluas dan sesaujana mata memandang.

Nampak macam habis dah rumah, hujung ada rumah lagi.
Nak bagitau, betapa banyaknya rumah/kampung/perumahan.

Terus terbayang berapa customer boleh serve. 
Tak sama macam tengok google maps.

Google maps hanya bagitau keluasan dan nampak melalui helicopter view. Kali ni, nampak real depan mata keluasan satu-satu tempat. Berapa bijik rumah? Macam mana keadaan customer? Sekeliling?

Boleh teka taraf pendapatan tu berapa.

Kalaulah 1 rumah ni ambik 1 jer pes, macam mana?
Customer ni bagitau pula kawan-kawan, makcik pakcik, , jiran-jiran sebelah rumah, geng dia tentang produk ni?

Dan macam-macam soalan lagi.
2-3 km kita sebenarnya luas tempatnya dan penuh dengan manusia cuma kena turun dan buka mata, perhati betul-betul.

Kesimpulannya, gunalah teknik referral. Bagi kat customer surat cinta. Dah dapat 1 customer, bagi surat cinta kat 5 sekeliling customer (jiran, kawan dan lain-lain)…

… Dan tunggu customer bercakap-cakap.

Ada masa jalan-jalanlah sekitar kampung, perumahan dan tempat sekeliling. Peluang tu bukan main luas lagi. Ni je saya dapat share setakat ni. Nanti sambung part 2 jika dapat banyak insight lain.

Bye!

Izzati,
Usahawan Pes

Hari-Hari Sebagai Ghostwriter

Hari demi hari berlalu. Sedar tak sedar, sudah 9 bulan saya bergelar Ghostwriter.

Waktu-waktu yang ada disibukkan dengan menelaah, membaca, memahami dan mengkaji.

Ghostwriter mungkin dilihat sebagai kerja yang tenang, jauh dari gangguan. Namun di sebalik itu, begitu banyak “kerja-kerja” belakang tabir yang perlu diuruskan.

Tahun 2019 merupakan tahun ke 7 saya menjadi penulis. Saya berjinak-jinak dengan penulisan sejak umur 15. Kemudian menerbitkan buku pertama pada usia 21.

Jika sebelum umur 21, saya masih belum memanggil diri saya sebagai penulis. Saya anggap itulah adalah laluan untuk saya mengenali ranjaunya dan durinya. Tahun 2014 barulah, saya berani memanggil diri saya sebagai penulis kerana telah berjaya menerbitkan sebuah buku.

Tak layak rasanya memanggil diri penulis jika belum menjadi penulis buku.

Tahun 2019 adalah tahun yang membahagiakan. Tanpa sebarang persediaan yang terlalu fancy, saya buka hati dan niat untuk menjadi seorang ghostwriter pula. Datang secara rawak ideanya.

Setakat ini, saya masih gembira dengan keputusan ini. Keputusan yang telah memenuhi hari-hari saya dengan sesuatu yang berulang-ulang namun cabarannya tidak sama. Cerita setiap klien saya berbeza-beza.

Dikurniakan klien-klien pula semuanya baik-baik dan pemurah merupakan satu rahmat. Mereka orang yang hebat-hebat pula.

Baiknya Allah mempertemukan kami walaupun saya pun baru sahaja bermula.

Impian saya semakin hari semakin besar untuk kerja-kerja ghostwriting ini. Saya berdoa agar dipertemukan dengan individu-individu yang mempunyai kisah-kisah luar biasa.

Tak mengapa, saya seronok berada di belakang tabir, membantu klien-klien saya yang sibuk ini.

Ya. Kebanyakan dari mereka sangat sibuk. Jadi mereka memerlukan khidmat ghostwriter untuk membantu mereka menulis kembali idea-idea dan cerita mereka.

Semoga kerja-kerja ghostwriter ini membawa saya ke dunia yang lebih luas lagi, dipertemukan dengan guru-guru yang berpengaruh dan saya mendapatkan pengalaman baik yang tak disangka-sangka. Amin.

Lelaki Hebat Yang Pandai Storytelling

Lelaki hebat ini, saya tak sedar, ada dalam list kawan fb. Pertama kali saya perasan postnya masa posting tentang kelas storytelling lalu kat wall. Padahal dah friend sejak Januari 2017 pun. Tapi sekali pun saya tak pernah baca post yang sebelum-sebelumnya.

Tanpa berfikir panjang, waktu yang sama juga, masa saya nampak post pasal kelas storytelling tu, saya terus komen Nak!

Bila terima mesej personal di fb, immediately saya bayar dan confirmkan. Jujur, tak tahu pun beliau ni penulis popular, pernah menang anugerah lagi. Sebabnya tak pernah beli pun buku beliau. Lagi tepat, tak tahu tentang kisah hidup dan apa-apa pun pasal cikgu Khairul ni.

Habis tu, boleh jer kan kita check fb dulu, nak tahu apa-apa tentang seseorang. Tapi saya tak buat. Langsung. Kebetulan waktu tu masuk hospital, jadi lagilah tak terfikir. Tunggu masa nak datang kelas jer lepas keluar wad.

Macam mana boleh pergi kelas tu? Saya memang dah setahun lebih cari cikgu storytelling. Follow the flow jer bila nampak iklan beliau tulis.

Rupanya… cikgu ni bukan setakat popular tapi hebat juga. Hidup kerana anugerah bakat. Apa jer bakat yang korang boleh fikirkan berkaitan dengan seni? Semua dah jadi sebahagian dari hidupnya dan dapat banyak award. Dari melukis, menulis, photographer, memasak, menyanyi (sorry cikgu bocorkan rahsia 🤪)

Saya hanya tahu semua ini bila datang kelas dan masa pertama kali jumpa. Nasib baik jumpa cikgu yang tepat.

Siapa yang tercari-cari cikgu storytelling bolehlah belajar dengan beliau. Kena tanya sendiri bila tu buka kelas, boleh ke tak belajar secara grouping atau coaching. Cikgu ni baik jer dan manis leting tu bergabung. Garang sikit-sikit tu biasalah. Hihi.

Hati Seorang Penulis Perempuan

Penulis.
Ya, penulis.
Orang yang pandai bermain kata antara rahsia dan terang.

Dalam tulisannya, mungkin ada kewujudan seseorang. Jika dia cinta, tulisannya membuktikan. Jika dia sedang kecewa, tulisannya menjadi terapi penenang.

Hari ini dia memilih warna merah, dalam ingatannya adalah tentang seseorang yang suka warna merah. Dia menulis untuk mencuri perhatian orang yang disukainya, dengan warna kesukaannya.

Hatinya cukup mudah gembira, hanya kerana hal sekecil itu. Biar pun dia tahu, tak semestinya orang yang dia sukai membaca kata-katanya dan merasakan hal yang sama.

Cuma satu yang ingin dia lakukan, meluah.

Esok dia memilih warna biru hitam, dalam ingatannya dia ingin mencuri hati orang yang menyukai warna itu dan dia harapkan orang tersebut juga perlahan-lahan suka pada dirinya.

Hari ini, seorang penulis bermain kata dalam tulisannya. Menulis tentang perasaan dalam bentuk sebuah cerita dongeng.

Sedangkan plot cerita jelas menunjukkan dirinya, cuma dia (penulis) orang yang bijak bersembunyi antara rahsia dan terang. Lalu membuatkan pembaca tertanya-tanya.

Mengapa dia menulis begitu?

Kerana dia ingin meluah tentang perasaannya dan bayangannya dalam bentuk kata-kata. Tak semestinya itu adalah pengalaman peribadi, kebanyakan masa ianya bayangan yang mesti diakhiri dengan tulisan.

Jangan kau tanya, cerita-cerita itu adalah bayangan palsu atau nyata? Dia tidak akan menjawabnya.

Yang penting dia selesai meluahkan melalui kata-kata, itu sudah lebih dari cukup.

Biarkan ia kekal menjadi rahsia di mata pembaca, dia akan terus membijakkan diri antara terang dan rahsia, membuatkan pembaca bertanya dan terus meneka.

Jika kau berkahwin dengan penulis, hati-hati dan juga tahniah.

Jika kau menggembirakan hatinya kau akan terus hidup dalam tulisannya, dia akan berkongsi kebahagiaannya pada dunia. Sehingga dunia pun turut sama merasai bahagia.

Dan jika kau melukakan hatinya, kau juga akan terluka sama dalam tulisannya, malahan mungkin lebih parah lagi lukanya.

(Fatin, 2019)

Maksud Cinta Dan Mencintai

Mahu mencintai seseorang dan terus merasa cinta padanya ketika senang sangat mudah. Bila kesusahan datang, adakah ia masih sama? Atau masihkah ia sesenang itu?

Kita sama-sama sedar yang hidup tak selalu di atas. Kita memilih untuk mencintai maka kita perlu bersedia menerima luka. Luka itu bukan untuk membuatkan kita semakin jauh, cukuplah sekadar menguji keteguhan cinta yang kita lafaz hari-hari.

Engkau tahu? Cinta ini perasaan yang hidup dan menghidupkan. Sama macam ketika kau memiliki anak pokok dan untuk menghidupkan pokok itu, kau siram hari-hari dan bajai hari-hari.

Tanpa bosan.

Sebab kau nak pokok itu mekar dan tumbuh, jadi secantiknya, selebatnya, sehingga mengeluarkan buah yang sedap dimakan. Lalu ia bermanfaat untuk orang pula.

Itulah cinta.

Tanpa bosan, saling mencipta kenangan. Tanpa bosan, saling meluahkan rasa sayang. Tanpa bosan, kita saling berganding tangan dalam mengurus masalah. Dan tanpa bosan, kita tak meninggalkan satu sama lain. Dan tanpa bosan, jatuh cinta pada orang yang sama berkali-kali.

Cinta yang menghidupkan itu memerlukan usaha kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak sahaja yang berusaha, yang lain diam saja, maka salah satunya akan kecewa dan burnt out. Ketika itulah, cinta tiada lagi maknanya.

Cinta? Apabila…

Kau sanggup bangun jam 3 pagi untuk selesaikan susu anak tanpa mengeluh.

Kau sanggup datang sejauh 20 km bertemu pasangan tanpa meminta kembali duit minyak dan mengungkit jalan jem yang telah kau tempuh.

Masa order air di food court shopping mall, soalan pertama yang kau tanya adalah, “Awak nak air apa?”, bukan kata, “Saya nak air bandung”

Ya, cinta itu kadangkala menjadi budak tanpa kau sedar. Kau hanya memberi tanpa mengira pulangannya kembali. Kau hanya mahukan orang yang kau sayang bahagia dan kau tidak mengapa.

Ketika kau katakan “Aku mencintainya”, apa yang telah kau lakukan untuk membuktikan?

Ustaz Adi Hidayat Berkongsi Ciri-Ciri Doa Yang Allah Kabulkan

Pernah tengok video ceramah Ustaz Adi Hidayat? Seorang ustaz dari Indonesia, yang cukup popular dengan follower di instagramnya hampir 2 juta. Meluas pula ilmunya dalam ilmu tafsir, hadis dan Al Quran.

MasyaAllah kagum sangat dengan kepintaran dan kecerdasan akalnya. Setiap salasilah keluarga Nabi, ayat no berapa yang terkait dengan topik apa (contoh: rezeki), semuanya beliau ingat.

Hari ini, sambil jalan-jalan di Youtube, saya download beberapa ceramah beliau, menggunakan apps Bolt. Best apps ni, boleh buka youtube/facebook/instagram terus dari app dan download apa sahaja video dari situ.

Baiklah. Apa video yang saya download tu?

Ceramah beliau yang bertajuk Rahsia Doa Menurut Al Quran dan As Sunnah dan beberapa video beliau yang lain.

Antara input-input menarik yang dapat saya kongsikan dari ceramah Ustaz Adi Hidayat ialah:

Satu: Semua doa kita Allah kabulkan. Sama ada kita sedar atau tak sedar saja. Allah dah janji dalam Al-Quran, cuma kita sahaja yang kadang-kadang tak sabar.

Ada bahagian rezeki yang Allah tahan dulu sebab Allah tahu kita belum sedia menerimanya. Jika Allah bagi awal menurut ketidaksediaan kita, boleh jadi kita tak sedia dan mencapai maksud nikmat itu diberi.

Contohnya, budak kecik. Kita tak beri motor awal-awal walaupun kita merengek terus mahukannya. Kerana apa? Kerana kita masih kecil, belum sesuai menerima sebuah motor apatah lagi menaikinya/membawanya.

Dua: Allah mengabulkan apa yang kita perlukan bukan kita inginkan. Contoh: Seorang anak sakit, tidak boleh makan buah epal. Kemudian anak itu merengek mahukan epal, abahnya kata “Ini abah belikan jeruk, namun rasanya epal”

Apa jadi jika abahnya memberi buah epal? Mungkin anaknya jadi semakin sakit dan tidak dapat sembuh. Lalu Allah gantikan dengan belikan jeruk, yang tidak membahayakan anaknya.

Subhanallah.

Tiga: Jika kita berdoa perkara lain, kemudian dikabulkan dengan perkara lain, maka ikutkanlah keinginan anda dengan keinginan Allah. Kerana disitulah anda akan menemukan hikmah yang terbaik yang tidak anda sangkakan.

Empat: Yang memohon kepada Allah cuma hamba-hamba Allah. Kemudian dibahagikan kepada 2 bahagian:

1. Hamba Allah Yang Soleh : Doa meminta kemudahan urusan dunia dan urusan akhirat.

2: Hamba Allah Yang Salah : Orang yang berbuat salah lalu minta ampun dari setiap dosa yang dilakukan.

Lima: Ada 3 bahagian biasanya manusia meminta, banyak sebenarnya cuma masa tak cukup. Ustaz Adi Hidayat hanya bahaskan 3 sahaja. Okey apa bahagiannya?

  • Tentang sakit

Fitrah manusia akan bermohon kepada Allah apabila merasa sakit. Kisah Nabi Ayub yang mengalami penyakit yang sangat misteri, kata Allah penyakit ini tidak pernah dirasakan oleh orang sebelumnya dan tidak akan dirasakan oleh orang selepasnya.

Kisah ini adalah inspirasi untuk orang awam seperti kita. Jika penyakit misteri seperti ini Allah beri dan sembuhkan, mana mungkin Allah tak sembuhkan penyakit yang dialami oleh orang awam seperti kita?

Kuncinya satu: Semakin diuji, semain tinggi ingatannya kepada Allah.

Jika kita stress? Banyakkan sabar.

Jika kita senang? Banyakkan syukur. Dua-dua nikmat. MasyaAllah.

  • Tentang mudah rezeki

Ilmu rezeki, ketenangan rezeki dan banyak lagi rezeki-rezeki yang lain.

  • Keturunan

Enam: Untuk cepat dikabulkan doa, bawa apa sahaja doa/permintaan arahkan kepada kepentingan ibadah.

(Dapat dunia X nilai akhirat)

Contoh: Doa dapat harta supaya dapat zakat. Doa supaya dapat kereta, mudah nak pergi masjid. Doa dapat beli rumah, untuk berbakti kepada orang tua. Doa dapat hafal Quran, minta alirkan setiap pahala kepada ibu bapa/ supaya dapat beri mahkota kepada ibu bapa.

Tujuh: Ketika berdoa, gunakan ungkapan-ungkapan yang menyentuh hati. Apabila kita berdoa, hati kita tersentuh dan mengalirkan air mata. Allah Maha Lembut, Allah cepat merasakan apa yang dimohon oleh hamba-Nya.

Mengapa kena cari kalimah yang menyentuh? Untuk mendatangkan ikhlas dan fokus ketika kita berdoa. Allah kan Maha Pengasih dan Penyayang.

Fastajabna – Allah berkata apabila kita menggunakan kalimah-kalimah yang menyentuh ketika berdoa maka Allah akan kabulkan.

Lapan: Cepat berbuat baik dan niatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT.

Sembilan: Untuk mendapatkan rezeki yang tak disangka-sangka, mudah dan tanpa batas, usahakan dengan taubat, jauhi maksiat dan bernazar untuk menjadi orang yang lebih baik disisi Allah, tingkatkan amal soleh, perbaiki diri dengan sebaik-baiknya.

Apa sahaja perkara yang engkau anggap buruk, aku berusaha menjauhinya.

Siapkan diri untuk meningkatkan ibadah kepada Allah kepada level yang tidak biasa.

Contoh: Orang puasa isnin – Kita puasa isnin dan khamis. Orang tidur, kita tahajud. Orang pilih 6 rakaat, pilih 8 rakaat. Orang sedekah RM1, kita sedekah RM10 setiap hari.

Apam Balik… Di UK?

Apam Balik.. di UK?

Lepas kami bertukar no, Abang Faizal Ismail share pada saya satu artikel. Isinya menulis tentang orang-orang yang tak putus asa. Tajuk artikel tu dalam Bahasa Inggeris, “30 Behaviors of Unstoppable People”

Saya baca sampai habis dan saya terharu sebenarnya. Dapat pula mesej dari seseorang yang kita admire kerjayanya dari jauh.

“Saya tengok Fatin ni ada drive. Kalau tak ada drive saya tak bagi”, balas beliau di whatsapp.

Jam 12.15 pm, 28 Ogos 2019, kami berjumpa kali kedua. Kali ini di Damansara. Janji dibuat 2 minggu sebelumnya.

Oh, pertama kali kami jumpa di Ampang. Mac 2017. Saya join kelas Pentauliahan HOST waktu tu.

Housemate saya kata, saya buat kerja gila, terbang dari Jordan dan pulang ke Malaysia seminggu semata-mata nak join program ini.

Bagi saya lain, ianya satu kepuasan yang tak dapat nak digambarkan. Sesuatu yang mesti saya dapatkan tak kira susah macam mana pun. Ya lah, dah ada dalam list impian.

Program tu pula mengumpulkan ramai guru-guru yang hebat dalam pengacaraan seperti Farah Fauzana, Farrah Adeeba dan Nizal Mohamad. Rugi besar kan kalau saya tak join?

Momen tu Allah susun cantik sangat. Seminggu saya pulang tu langsung tak ganggu urusan pengajian saya.
Selesai exam pertama, hari esoknya terus saya fly ke Malaysia. Selesai jer seminggu kat Malaysia, saya fly semula ke tempat belajar dan esoknya terus exam kedua.

Untuk kali kedua berjumpa ini, dalam hati saya kata, saya rasa ini peluang yang baik. Dapatlah saya dengar cerita-cerita yang tak pernah saya dengar atau baca dari media di luar sana.

Pada mulanya, abang Faizal minta saya tunggu di Oldtown White Coffee. Okey, saya pun tunggu disana.

Tak lama, telefon bergetar dan saya angkat.

“Fatin kat mana?”

“Ada kat depan OldtownWhite Coffee”

“Okeylah, kita minum sana. Anggaplah macam makan nasi Kandar”

Haha. Berkias.

“Nasi Kandar kan kat hujung kanan. Kalau macam tu kita makan kat Nasi Kandar jelah”

“Okeylah jom makan sana”, dia mengajak.

Saya pun berjalan sampailah ke Restoran Nasi Kandar. Bila dah sampai, kami terus order dan pilih satu sudut meja berkerusi 4 di lapangan terbuka untuk kami duduk.

Memang lain sikit bila duduk semeja dengan artis ini. Setiap orang yang lalu semua pandang-pandang.

“Dari tadi orang duk pandang-pandang abang Faizal”

“Dah biasa sangat dah Fatin, 12 tahun dah”

Tak boleh nak kata apalah. Kita bukannya artis. Hanya artis yang faham dunia populariti.

… Dan perbualan disambung dengan macam-macam cerita dan pengalaman beliau sebagai seorang DJ, Pengacara.

Saya seronok betul dengar.

Sampai part cerita lucu, saya ketawa. Sampai part cerita beliau yang sedih, dalam hati memang sedih. Cuma tak tunjuk lah.

Antara ayat beliau yang buatkan saya sangat terkesan,

“Saya ini bukan ada apa pun. Saya cuma ada semangat yang tinggi. Dan semangat itulah yang menjadikan siapa saya hari ini”

Tiba-tiba jer saya berhenti makan.

Bila sebut tentang semangat, saya perhati semula diri saya ini, ada tak semangat macam orang di depan saya ini.

Sebelum pulang, saya sempat hadiahkan sebuah buku tulisan saya. Sebenarnya buku tu bukan untuk abang Faizal, tapi untuk anak perempuan dia yang berusia 17 tahun.

Masa sign buku tu saya tulislah kata-kata sikit, abang Faizal kata, panjangnya. Saya senyum jer. Saya kata penulis memang suka tulis panjang-panjang ni.

Hujung perbualan tu saya tanya dia,

“Abang Faizal tahu tak resepi apam balik?”

“Apam balik? Hrmmm.. Tak tahu”

“Senang jer. Pergi kedai, beli kuih apam pastu baliklah”

“Haha.. oh macam tu eh resepinya? Nanti saya try guna kat UK, tapi nak translate macam mana apam balik saya pun tak tahu. Hahaha”

Selesai sign buku, saya minta dia rekod video dan beliau pesan dalam video tu,

“Buat apa yang Fatin minat. Cari kelainan and always do the best!”

Tak tipu. Ayat tu memang bagi harapan. Sebenarnya saya dah berapa minggu malas nak menulis.

Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat jumpa sebelum beliau ke UK 8 hb ini. Korang tau tak, beliau bukan setakat sambung belajar di UK tapi berbisnes sekali kat sana. Hebat kan?

Nampaknya saya dah ada impian baru. Harap-harap dapat jejak kaki ke UK jugak satu hari nanti. Macam guru saya ini. Amin.

Berjuang, Jangan Kalah

Hubungan saya dan abah sangat rapat.

Kami sangat rapat.

Sampaikan kalau abah tengah gembira, saya tahu. Hanya lihat dari raut muka sahaja. Sama juga jika abah sedang fikirkan masalah, saya tahu, hanya dengan melihat raut wajahnya sahaja.

Ada sekali tu, berhari-hari saya nak sangat tanyakan abah tentang sesuatu. Kami banyak kali bertembung di rumah, tapi saya tak sempat tanyakan. Ya lah, bila abah pulang ke rumah, mestilah nak rehat dan baring-baring hilangkan penat.

6 hari rasanya berlarutan.

Sehinggalah, pada hari ke 6, abah sendiri yang bercerita kepada saya. Maka tahulah, ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran dia.

Sebagai anak sulung, tiada ada yang lebih penting untuk saya lakukan selain membahagiakan abah dan ummi. Mereka orang pertama yang sambut ke dunia dan sekarang dah tiba masanya saya pula berikan segala kemudahan dan kemewahan.

Sejak akhir-akhir ini, abah tersenyum-senyum. Cuma, senyum itu bukanlah senyum kerana bahagia. Senyum itulah adalah senyum redha, menahan ujian.

Kata abah,

“Ujian akan selalu ada, cuma jangan kalah je”, kata dia kepada saya, sekali lagi sambil tersenyum.

Dalam hati saya menangis.

Semoga Allah berikan saya kekuatan yang luar biasa untuk saya membahagiakan keduanya… dan adik-adik saya. Amin.

Mengikut Kata Hati Sertai Program Pengacaraan

Mac 2017.

Suatu detik yang mengubah pandangan saya terhadap dunia wartawan, komunikasi dan pengacaraan.

Keputusan saya untuk terbang dari Jordan ke Kuala Lumpur bukanlah dibuat dalam masa singkat. Sebenarnya bermula sejak 7 bulan sebelumnya, iaitu ketika saya pulang bercuti, sekitar bulan September 2016.

Kami pelajar-pelajar luar negara akan dapat cuti musim panas sekitar bulan Jun hingga September, dan pada tahun 2016 saya pulang sekejap ke Malaysia.

Sekadar merehatkan diri sebenarnya.

Tapi saya tahu, saya tak rehat mana pun, akan naik turun KL macam rumah sendiri pula. Saya tinggal di Kuala Terengganu ya kawan-kawan.

Kemudian mulalah saya jumpa ramai orang di merata-merata tempat dan program. Mungkin kerana dah terbiasa jadi sibuk. Di Universiti sibuk berpersatuan, di Malaysia sibuk berjumpa orang pula.

Menyantuni Guru

Saya kenal Tuan Amin Idris tak lama. Sekadar di muka buku. Kemudian bertemu secara tak sengaja di majlis pentauliahan NLP. Dari situ saya mula memandang beliau sebagai seorang guru.

Ternyata, bukan disitu sahaja kami bertemu. Ada beberapa tempat lagi yang mempertemukan saya dan beliau. Iyalah, Malaysia tak lah luas mana. Industri pula jika ditemukan dengan orang yang tepat, kita akan jumpa orang yang tepat itu berkali-kali pula.

Saya mula berminat dengan impian yang beliau katakan ketika saya bertemunya, iaitu beliau mahu menyediakan platform untuk orang awam yang berminat menjadi pengacara.

Beliau berkongsi impiannya itu ketika bulan September 2016.

Tanpa sedar, perasaan nak dalam hati ini mula membuak-buak. Saya jadi berdebar-debar pula.

Tapi saya diamkan saja.

Apa yang difikirkan pada waktu itu cuma 1, saya ada masa ke nak balik Malaysia untuk join program ini?

“Bila start program ini?” saya bertanya.

“Rancangnya bulan 12 tahun ini. Program tu mungkin sebulan atau 2 bulan. Setiap minggu ada kelas”, Amin Idris menjawab.

Lagilah saya tak keruan.

Saya baru pulang bulan September, takkan ibu bapa saya lepaskan saya pulang lagi bulan Disember atau Januari semata-mata nak sertai program pengacaraan?

Mula dari saat itu saya tahu, saya betul-betul nak pergi ke bidang pengacaraan. Saya simpan hasrat itu bukan sahaja dalam ingatan malahan setiap hari dalam doa.

Setiap hari.

Tak pernah tinggal.

Sehingga setiap hari, dalam perjalanan ke kelas di Jordan pun, saya membayangkan saya sudah berada di dalam kelas itu dan dikelilingi guru-guru yang saya nak sangat jumpa.

Bercakap Seorang Diri Setiap Pagi Di Jalan Raya

Hahaha. Tergelak bila teringat.

Betul, setiap pagi, ketika berjalan di tepi jalan raya yang berdebu padang pasir tu, menuju bas universiti, saya akan bercakap-cakap seorang diri. Affirmition, omputih kata.

Setiap pagi saya membayangkan, saya sedang menjadi moderator bersebelahan panel-panel pengacara terkemuka tanah air. Masa tu, saya tak terfikir panel itu siapa tapi saya membayangkan itulah wataknya.

Saya duduk sebagai moderator dan disebelah kanan saya duduknya panel-panel yang hebat dan berbakat.

Begitulah.

Impian saya yang membuak-buak untuk pergi program pengacara, sampai buatkan saya terbayang momen-momen yang seronok tu berkali-kali. Ratusan kali mungkin.

Sebenarnya saya buat begitu lepas tengok satu video di Youtube, tentang apa yang kita ulang-ulang dalam minda akan jadi kenyataan.

Dan mula dari situ, saya mula buat “kenyataan” (baca: khayalan) saya sendiri. Walaupun saya pun tak tahu bila dan dimana khayalan ini akan jadi kenyataan.

Khayalan pun dah rasa seronok, apatah lagi kalau jadi betul-betul kan?

Aku Tekad!

Bulan 1, 2017. Cuti semester pertama, saya pulang lagi ke Malaysia sempena sambut “baby” terbaru. Tak sabarnya nak sambut dan dakap.

Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar. Dari proses beli tiket, berjumpa penerbit hinggalah proses jualan buku.

Dalam masa beberapa minggu, “baby” naiki anak tangga buku popular di carta Popular BookStore. Syukur Allah mudahkan segala-galanya.

Dalam waktu itu juga, lalu di wall satu iklan yang dah lama saya tunggu. Pendaftaran Untuk Sesiapa Yang Berminat Ke Kursus Pengacaraan oleh Amin Idris. Lebih tepat poster.

Ya Allah!

Hampir mengalir sebenarnya air mata ini. Cantik susunan Allah, tak ganggu pun urusan pengajian saya.

Tak fikir panjang, saya terus daftar. Guna duit tabung haji. Program akan berlangsung pada bulan 3, 2017. Saya kira-kira, waktu itu ya saya akan ada di Jordan. Tapi saya tekad, apa jadi saya akan balik juga Malaysia, saya nak sertai!

Ya Allah, aku dah selangkah ini nak dapat apa yang aku impi-impikan. Kau mudahkanlah, kau mudahkanlah.

Dan pada 22 Mac 2017, saya berangkat dari Jordan ke Kuala Lumpur. 23 Mac 2017, alhamdulillah saya selamat sampai di Malaysia. KLIA 1.